Friday 12 October 2012

TERCETUSNYA PRODUK INOVASI

Kami mendapat idea untuk membuat produk inovasi disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kaum wanita. Wanita memang tidak dinafikan menyukai alat solek.
Kaum wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan. Walaupun seseorang wanita itu tidak suka bersolek namun dia pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sejenis dua alat solek seperti gincu, pengilat bibir, pemerah pipi, maskara ataupun yang lain.

Penampilan seseorang wanita tidak akan lengkap tanpa beg tangan dan kasut yang cantik, menarik dan nampak eksklusif. Malah dalam bahasa fesyen, baju yang cantik sahaja belum cukup untuk nampak anggun tanpa ada dua aksesori wajib itu. Begitu juga dengan beg tangan. Ada yang besar, kecil, leper, berbentuk empat segi, bujur, yang sesuai untuk ke pejabat, ke majlis makan malam atau ke majlis perkahwinan.
Ramai kaum wanita suka membeli alat solek namun tidak tahu menjaga alat solek mereka. Sebenarnya penjagaan alat solek amat penting untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kulit wajah kita nanti. Kaum wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan.
Setiap wanita mahu melindungi alat solek mereka daripada rosak. Syarikat kami menawarkan pelbagai beg kosmetik di mana wanita boleh menyimpan alat solek mereka. Produk beg kami datang dalam banyak reka bentuk dan saiz yang berbeza dari mana anda boleh memilih apa yang sesuai dengan anda dan apa yang sesuai dengan keperluan anda. Di samping itu, produk ini juga datang dengan corak yang baru. Jadi kita boleh katakan bahawa MULTI-PURPOSE MAKEUP BAG“” solek adalah sangat praktikal dan berfungsi kerana anda boleh menggunakannya untuk tujuan meletakkan alat solek. 


No comments:

Post a Comment