Monday 15 October 2012

Penjagaan Alat Solek

Seperti mana span, alatan makeup yang lain juga perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah maskara, pensel mata mahu pun beg makeup anda. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam penjagaan alat - alat solek anda antaranya :

1. Pastikan alatan makeup sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan yang sudah berbau atau berubah warna. Misalnya, jika mata anda merah setelah memakai maskara, mungkin ia telah dijangkiti kuman.

2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali menggunakannya. Paling mudah, anda boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci. Hindari berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya.
3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan pada orang lain.
4. Kosongkan beg solek anda dan cuci supaya bersih dan boleh digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaiknya tukarlah yang baru.

No comments:

Post a Comment