Wednesday 7 November 2012

Menang Gangsa Bertanding antara Jabatan

Alhamdulillah.. Pada pertandingan kali ini walaupun kami tidak menang emas tapi kami telah membawa pulang gangsa untuk kumpulan kami.. Kami tidak menjangkakan yang kami akan menang pada peringkat antara jabatan ini. Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana penat lelah kami selama ini berbaloi..
 Terima kasih kepada semua yang terlibat atau tidak terlibat semasa membuat projek inovasi ini..
 Doakan kami lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Ini akan menentukan sama ada kami akan bekerja atau kami sambung pengajian.

Monday 5 November 2012

Pertandingan Inovasi antara Jabatan

Pada hari ini, kami akan bertanding bersama dengan jabatan lain.. Jabatan yang bertanding ialah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan kami sebagai Jabatan Perdagangan.

Doakan supaya kami berjaya dalam pertandingan ini. Doakan supaya kami dapat menjawab soalan daripada juri dengan mudah. Doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar. AMIN!!!

Saturday 20 October 2012

HARI INOVASI (18.10.2012)

ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH S.W.T kerana kumpulan kami telah menang EMAS & BOOTH TERBAIK pada hari INOVASI..
Akhirnya segala usaha, penat lelah, bersengkang mata mencari idea, menjahit bahan, dan sebagainya yang kami lalui telah membuahkan hasil yang kami sendiri tidak menjangkakan yang kami akan menang. Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan, galakan, kata-kata nasihat, pertolongan yang telah dihulurkan kepada kumpulan kami dan kami amat-amat menghargainya..
Ini adalah gambar kumpulan kami selepas mendapat hadiah emas dan booth terbaik.. Kami mendapat 2 hamper dan wang tunai.



Wednesday 17 October 2012

BERSAMA DENGAN PENYELIA

Ini adalah gambar bersama dengan penyelia kami..
Penyelia kami ialah En Hafizi Bin Abdul Latif.
Kumpulan kami mempunyai 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
1.Mohamad Zainuddin bin Sapari
2. Mohd Yadiy Bin Daud
3. Noraini binti Zainal
4. Nor Sofia binti Ali
5. Noor Akidah binti Ramly
6.Hairani binti Mohd Tolah

Monday 15 October 2012

Penjagaan Alat Solek

Seperti mana span, alatan makeup yang lain juga perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah maskara, pensel mata mahu pun beg makeup anda. Terdapat beberapa perkara yang penting dalam penjagaan alat - alat solek anda antaranya :

1. Pastikan alatan makeup sentiasa dalam keadaan baik, buang alatan yang sudah berbau atau berubah warna. Misalnya, jika mata anda merah setelah memakai maskara, mungkin ia telah dijangkiti kuman.

2. Selain itu, set berus alat solek juga perlu dicuci setiap kali menggunakannya. Paling mudah, anda boleh gunakan tisu lembap untuk mencuci. Hindari berkongsi span mahupun alat solek dengan rakan-rakan atau mereka yang mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat dan sebagainya.
3. Asah pensel mata atau pensel gincu setiap kali digunakan kerana ia akan mendapat lapisan baru. Lapisan lama mungkin sudah kotor dan tidak sesuai jika digunakan pada orang lain.
4. Kosongkan beg solek anda dan cuci supaya bersih dan boleh digunakan kembali sekiranya masih elok. Jika sudah usang atau sudah lama digunakan, sebaiknya tukarlah yang baru.

Friday 12 October 2012

TERCETUSNYA PRODUK INOVASI

Kami mendapat idea untuk membuat produk inovasi disebabkan oleh masalah yang dihadapi oleh kaum wanita. Wanita memang tidak dinafikan menyukai alat solek.
Kaum wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan. Walaupun seseorang wanita itu tidak suka bersolek namun dia pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya sejenis dua alat solek seperti gincu, pengilat bibir, pemerah pipi, maskara ataupun yang lain.

Penampilan seseorang wanita tidak akan lengkap tanpa beg tangan dan kasut yang cantik, menarik dan nampak eksklusif. Malah dalam bahasa fesyen, baju yang cantik sahaja belum cukup untuk nampak anggun tanpa ada dua aksesori wajib itu. Begitu juga dengan beg tangan. Ada yang besar, kecil, leper, berbentuk empat segi, bujur, yang sesuai untuk ke pejabat, ke majlis makan malam atau ke majlis perkahwinan.
Ramai kaum wanita suka membeli alat solek namun tidak tahu menjaga alat solek mereka. Sebenarnya penjagaan alat solek amat penting untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan tidak memudaratkan kulit wajah kita nanti. Kaum wanita dan alat solek memang sukar dipisahkan.
Setiap wanita mahu melindungi alat solek mereka daripada rosak. Syarikat kami menawarkan pelbagai beg kosmetik di mana wanita boleh menyimpan alat solek mereka. Produk beg kami datang dalam banyak reka bentuk dan saiz yang berbeza dari mana anda boleh memilih apa yang sesuai dengan anda dan apa yang sesuai dengan keperluan anda. Di samping itu, produk ini juga datang dengan corak yang baru. Jadi kita boleh katakan bahawa MULTI-PURPOSE MAKEUP BAG“” solek adalah sangat praktikal dan berfungsi kerana anda boleh menggunakannya untuk tujuan meletakkan alat solek. 


PICTURE

Ini merupakan gambar brand kami.  Classy Cats adalah jenama produk kami. Slogan kami ialah "Make Your Life Easy"